Ahad, 23 Jun 2013

POPIA FOR BRKFAST..




Assalamualaikum teman2.. semoga anda semua sihat sejahtera di hari minggu ini... 



















































Pagi ni saya buat popia untuk brkfast..Mula-mula tu planning nak buat popia basah tapi kulit dia tak menjadi kecewa gak rasa. Tengok kat dalam youtube macam senang je nak buat kulit tu tapi bila dah buat susah rupanya. so jawabnya masuk tong sampahlah. Terpaksalah beli kulit popia segera kat kedai sebab inti sayur dah buat, kuah kacang pun dah buat, air lada cili pun dah buat. saya beli kulit popia yang 50 keping, separuh saya buat stim separuh lagi saya goreng. Yang stim tu tak perlulah stim atas api cukup sekadar stim atas air panas yang baru masak. Gunalah periuk kukus kemudian masukkan air panas yang baru masak, letak popia di atas tutup dalam 15-20 minit sehingga dia lembut sebab kalau stim atas api dia akan lembik. yang goreng tu goreng macam biasalah. Tapi satu yang pasti tetap habis gak..... sedapppp..... heheheee...

DORAYAKI KUIH KEGEMARAN DORAEMON

salam buat teman2 semua, beberapa hari lalu terasa nak makan kuih ni namanya dorayaki, kuih yang berasal dari jepun ni rasa dia macam pancake lah bezanya dia ni ada inti kacang merah ditengahnya....so saya pun bukak youtube cari resepi kuih ni dan cuba buat.. Alhamdulillah menjadi..kat sini saya nak berkongsi resepi.



 bahan-bahan;


  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 2 biji telur gred A 
  • 1/2 cawan gula halus 
  •  3-4 sudu besar air
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu besar madu
  •  minyak masak 
  • pes kacang merah @ kacang merah dalam tin ( di hancurkan)
 

 cara-caranya;

pecahkan telur dalam mangkuk masukkan gula kacau sehingga sebati dan gula hancur. masukkan madu kacau lagi kemudian masukkan air kacau akhir sekali masukkan tepung dan baking soda kacau sehingga adunan sebati. rehatkan adunan dalam 30 minit. setelah 30 minit kacau adunan tadi jika agak pekat tambah 1-2 sudu besar air tapi jangan terlalu cair. panaskan kuali sapu sedikit minyak masak ambil dalam satu senduk, goreng seperti membuat pancake.
setelah siap ambil 2 keping pancake tadi saiz kena sama besar. letakkan inti kacang merah ditengahnya kapit dan ditekan sedikit supaya rata bolehlah dihidangkan. selamat mencuba....
* jika tidak suka kacang merah bolehlah ditukar intinya pandan, coklat, peanut butter dan sebagainya...

Selasa, 4 Jun 2013

DECO MY ROOM

salam buat teman2 semua....semalam tak tau nak buat ape so saya ambik kesempatan ini untuk mendekorasi bilik tido. Hari tu saya pergi ke pasaraya sakan ternampak lh sticker gambar bunga untuk ditampal pada dinding, cantik ada bermacam2 corak sampai tak tau nak pilih. saya memang jenis yang pantang jumpa benda2 macam ni heheheeeee......                             tapi yang pasti murah dan cantik....















to be continue....sebenarnya belum siap lagi ni.. ada satu lagi sticker belum tampal...sebab tengah pikir nak letak kat mana.. nanti kalau dah siap saya update......

Isnin, 3 Jun 2013

AYAM PANGGANG LADA HITAM

Hari ni rasa nak makan ayam panggang ala-ala ayam pusing pasar ramadhan tu. lama dah tak makan ayam ni so hari ni menjadilah. kat sini aku nak kongsi resepi. ni resepi aku sendiri.





aku guna ayam sebelah aje kalau beli kat pasar jangan potong.
ni resepi untuk sebelah ayam aje...

bahan-bahan:
ayam sebelah @ 1 ekor pun boleh ( boleh buat ayam pusing )
*********************************************
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang serai
( semua bahan kat atas dikisar )
**********************************************
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
lada hitam di tumbuk halus ( ikut citarasa )
1 sudu besar madu
garam secukup rasa

cara-cara...

perap ayam dengan semua bahan-bahan di atas lagi lama diperap lagi sedap dalam 3-4 jam.
kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200 d/c selama 45 minit @ sehingga masak. 
kemudian bolehlah dihidangkan dengan sos thai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...