Khamis, 8 Disember 2011

RESEPI JEMPUT KELAPA & KELEDEK

resepi ni agak unik... so mesti cuba..... baru tau sedap ke tak......
 bahan-bahan:
1 biji ubi keledek sederhana besar potong dadu kecil2 ( kalau besar sangat takut tak masak)
1 biji bawang besar potong dadu
2 biji cili besar hiris halus
sedikit kacang panjang potong halus
sedikit taugeh
1 genggam bilis di tumbuk kasar
1 biji telur
3 sudu besar kelapa parut di kisar @ ditumbuk kasar jangan terlampau hancur.
(tapi hari tu saya tak ade kelapa parut so saya gunakan kelapa kering dalam peket)
( rase die tak sama dengan kelapa parut tapi boleh lah)
500 gram tepung gandum ( saya buat dalam kuantiti banyak...ramai)
air secukupnyer
minyak masak untuk mengoreng
garam secukup rase
1 sudu kecil maggi secukup rase
sos cili untuk mencicah.......

 cara-cara:
-masukkan keledek, kacang panjang, taugeh, bawang besar, cili besar kedalam bekas gaul sebati
-masukkan bilis, telur, kelapa, bahan perasa gaul lagi sebati
- akhir sekali masukkan tepung gandum, air kacau sebati
- sediakan kuali masukkan minyak masak
-goreng jemput tadi hingga masak
-toskan, kemudian bolehlah dihidangkan
emmmm nampak menyelerakan..... cuba2 lah ye....

RESEPI IKAN KUKUS

Resepi ni sihat sesuai untuk yang berdiet..............
 bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
1 inci halia hiris nipis (dimayang)
1 biji bawang besar hiris nipis
2 @ 3 ulas bawang putih hiris nipis
2 @ 3 bji cili padi ikut kepedasan masing2
1 bji limau nipis ambik jusnyer
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil sos ikan
lobak merah hiris halus
1 bji tomato hiris nipis
saya tambah secukup rasa dalam 1 sudu kecil... jika tak guna pun tak pe..

 
cara-cara :
- sediakan loyang
-masukkan ikan kembung kedalam loyang
-masukkan kesemue bahan diatas tabur diatas ikan tadi sehingga menutupi ikan
- sediakan kukusan
-apabila air mendidih masukkan loyang tadi kedalam kukusan
- kukus ikan sehingga masak lebih kurang dalam 20 minit.....
 sedia untuk dihidangkan.....
makan dengan nasi panas....emmmmmmmmmmm


selamat mencuba...........

Dah lama tak update ni.....

salam,
malam ni baru rase nak update blog sbb emmmm rase rindu plak dah lama x update blog ni..bzy ckit pas2 tension keje bnyk. Malam ni nak masukkan resepi yang dah aku simpan kat dalam dokumen tu.....kalu boleh nak masukkan semue sekali.. kalu sempatlah....thanks sebab sudi baca luahan hati aku ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...