Isnin, 24 Jun 2013

KERABU MANGGA

Salam buat semua, hari ni saya nak berkongsi resepi kerabu mangga.
minggu lepas makcik sebelah rumah ada bagi mangga banyak jugak dalam satu bakul.
pastu terlintas difikiran kalau buat kerabu ni best gak ni, masak nasi panas-panas pastu goreng ikan panas & kerabu mangga emmmmm mesti best, meleleh air liur heheheeee....



Bahan-Bahan A;

5 biji mangga ( dibuang kulit dan di parut)
1 @ 2 biji bawang besar tengok saiz ( di mayang halus)
1 inci halia ( dimayang halus)
cili padi ikut kepedasan saya guna dalam 6 biji
sedikit udang kering ditumbuk kasar
kacang tanah di goreng tanpa minyak di kisar

Bahan-Bahan B;

3 sudu besar sos ikan
3@4 sudu besar gula
sedikit gula merah @ gula perang ( kalau tak isi pun takpe tapi saya suka rasanya)
sedikit air

cara-cara;


  • satukan semua bahan A dalam mangkuk besar gaul rata.



  • masukkan bahan B kedalam periuk, masak diatas api sehingga mendidih dan gula hancur.



  • setelah mendidih tutup api biarkan bahan B suam seketika. kemudian tuang bahan B kedalam mangkuk bahan A gaul sebati.



  • * jika nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk semalaman supaya bahan2 tadi sebati dan air mangga turun, akan ada rasa masam2 manis.

makan dengan nasi panas dan ikan goreng. emmmmmmmm best sangat2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...