Ahad, 11 Disember 2011

RESEPI SAGO GULA MELAKA

Resepi ni aku cari lepas tengok jalan-jalan cari makan hari tu... best plak tengok Qi makan sago gula melaka ni. so aku pun try buat.. memang sedap. aku bawak pergi ofis member2 pun cakap sedap. dua hari berturut-turut aku bawak pergi ofis HABISssss.......so kalu sape2 nak cube boleh lah yea...resepi die senang aje.. resepi ni boleh dapat dalam 4 biji...

bahan ( A )
2 cawan sagu halus
5 cawan air

cara-cara;
- Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan kedalam air mendidih.
- Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinyer.
- Masukkan kedalam acuan dan sejukkan.

 bahan ( B )
1 keping gula melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

 cara-cara;
- Masak gula melaka, air & daun pandan sehingga gula hancur & mendidih.
- Angkat, ketepikan biarkan sejuk.

 bahan ( C )
3 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

cara-cara;
- Masak santan, gula pasir, garam, daun pandan hingga mendidih.
- Angkat, masukkan dlm bekas sejukkan.

 cara menyediakan sagO gula melaka;
- Sediakan mangkuk, keluarkan sagu dari acuan masukkan kedalam mangkuk tadi.
- Tuangkan gula melaka ke atas sagu tadi. ikut kemanisan masing2.
- Akhir sekali tuangkan santan ke atas sagu tadi. dah pun siap untuk di hidangkan.
- Bolehlah menjamu selera..

SELAMAT MENCUBA....

PAGI MINGGU YANG SEJUK DAN DAMAI

SALAM,
Selamat pagi semue, alhamdulillah, pagi ni hujan dari semalam lagi syoknyerrr tido semlm. pagi ni sejuk, cuaca pn redup walaupun angin agak kuat tapi mendamaikan, aku pn tak tau nk buat ape pagi ni so bkak blog lh sejenak. almaklumlah single person lh katakan.... aku ingat pagi ni nk update resepi.. so bolehlh cube resepi ni untuk minum petang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...