Isnin, 21 Oktober 2013

MY PETS....

syoknyerrr tido.... ni lah kucing peliharaan saya yaya, bulat. ciki & abu......................












Ahad, 20 Oktober 2013

JOM BUAT KUIH LAGI....


salam buat semua teman2.. dah lame x update blog ni... so kali ni saya nak berkongsi resepi puding plak..
 ohh ye sebelum terlupa, saya nak ucapkan selamat hari raya aidiladha rasenya belum terlambat...resepi puding ni saya dapat dari seorang teman.. thank's 4 de recepi ye...

TRIFFLE PUDDING


BAHAN_BAHAN:

kek swiss roll
1 cwn tpg kastard
1/2 cwn gula
1 tin susu cair
1 tin air
buah2-an koktail
jelly nona



CARA-CARA:
campurkan tpg kastard, gula, susu & air dalam mangkuk. panaskan kuali masak bahan-bahan tdi  sehingga pekat kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul. didalam bekas plastik susun kek swiss roll yang telah dipotong, susun rapat2 supaya tiada ruang kosong. kemudian tuang adunan kastard tadi diatas lapisan kek. tuang pula buah2-an koktail diatas lapisan kastard. akhir sekali masak jelly nona ikut arahan pada kotak di belakang, tuang jelly yang telah masak diatas lapisan buah2-an. sejukkan didalam peti sehingga jelly tadi keras.... selamat mencuba










Ahad, 1 September 2013

BUAT KUIH LAGI..

Kali ni saya nak berkongsi resepi karipap pusing. sebenarnya karipap pusing ni saya buat masa bulan puasa hari tu. Tapi tak sempat nak update...



KARIPAP PUSING

Bahan-Bahan Untuk inti:

1/2 kg ubi kentang dlm 4 @ 5 bji tgk saiz ( potong dadu )
2 sudu besar serbuk kari daging
sedikit isi ayam di cincang
bwg merah 3@4 bji  ( dikisar )
bwg putih 5 ulas ( dikisar)
daun sup ( dihiris halus )
daun bwg ( dihiris halus )
garam
perasa
sedikit air

 Cara-Cara:

Tumis bwg merah, bwg putih kemudian masukkan serbuk kari.
masukkan isi ayam, masukkan air.
masukkan ubi kentang, biar ubi masak.
masukkan garam dan perasa.
biarkan ia kering sedikit masukkan daun bwg & daun sup.
biar ia betul2 kering tutup api sejukkan inti.



Bahan-Bahan kulit karipap:

Bahan A:

1 cwn tepung gandum
sedikit mentega di cairkan (sehingga boleh menguli tepung )

 ( masukkan tepung ke dalam mangkuk tuang mentega cair uli hingga menjadi doh yg lembut )
seperti gambar di bawah:


Bahan B:

1 cwn tepung gandum
sedikit air suam ( untuk menguli tepung )
garam secukup rasa

masukkan tepung ke dalam mangkuk, masukkan sedikit garam, masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli tepung hingga jadi doh yang lembut.
seperti gambar di bawah:


ambik adunan B leperkan ia sedikit letakkan adunan A ke dalam adunan B kemudian bulatkan kembali adunan B tadi seperti gambar di bawah:


canai adunan hingga leper potong adunan separuh, 
gulung kemudian canai sekali lagi 
kemudian gulung kembali, potong adunan kepada 2 bahagian, 
kemudian canai, masukkan inti 
akhir sekali  masukkan kedalam acuan karipap.


setelah siap bolehlah di goreng dan di hidangkan.


dah siap pun karipap pusing saya....selamat mencuba.











Selasa, 20 Ogos 2013

RAYA 2013......

Salam buat semua. selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. syukur Alhamdulillah, kita semua diberi kesempatan untuk meraikan hari yang berbahagia ini hari raya. di hari mulia ini saya berkesempatan merakam foto family dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Dan tahun ini merupakan raya pertama kami sekeluarga tanpa mak disisi yang telah kembali kepada-Nya, pada 22 April 2013. Al-Fatihah buat arwah...












































































































































































































Sabtu, 20 Julai 2013

SALAM RAMADHAN

Salam buat semua, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi  kita menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Salam Ramadhan buat semua teman-teman. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Amin.....




Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)

RasulullahSAWbersabda:
 خمس يفطرن الصائم الكدب والغيبة والنميمة واليمين الكاذبة والنظر بشهوة 
“Lima hal yang merusak orang puasa, yaitu bohong, gosip, mengadu domba, sumpah palsu dan melihat dengan syahwat.”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah ra katanya : "Rasulullah saw bersabda :"Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan. Kalau ada orang yang memakinya atau hendak membunuhnya hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa sesungguhnya saya orang puasa" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”. (HR al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”(RiwayatIbnuMajah) 


Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujungmalam.(RiwayatTarmizidanAhmad) 


Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi) 


Ibn Umar r.a. berkata: Ada beberapa sahabat Nabi saw. telah diperlihatkan Lailatul Kadar dalam mimpi di malam dua puluh tujuh, maka Nabi saw. bersabda: Aku perhatikan impianmu bertepatan dalam malam dua puluh tujuh, maka siapa berusaha untuk mendapatkannya hendaknya berusaha mencarinya pada malam dua puluh tujuh Ramadhan. (Bukhari, Muslim)


Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)


"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun." (HR Tirmidzi)


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi) 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)
 


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam tubuh bani Adam melalui pembuluh darah.  Maka persempitlah pembuluh darahnya dengan lapar dan puasa." (HR Muslim)


IBADAT PUASA

Firman Allah Taala:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:
_______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah.
7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
_______________________________
1. Fath al-Bari (5:14).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
8- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)
8- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka,  serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan,  boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87).
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
9- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
9- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.
Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya. (2)
________________________
1. Al-Targhib (2:97) - Hadith Sahih menurut keterangan al-Hakim.
2. Mastika Hadith (1:79).
Lebih lanjut diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
10- عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطُوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعَينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةِ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلَّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ أَوْ عَلَى شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلَهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ غَفَرَ اللَّهُ لَه وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النِّارِ، وَمَنْ سَقَى صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ. (رواه ابن خزيمة في صحيحه)
10- Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya (1): "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: Pertama - mengucap: 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله
Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.
"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Demikian mulianya dan berkatnya bulan Ramadhan dan demikian pula besarnya pahala yang diberikan bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan di sepanjang bulan yang membawa rahmat itu.
____________________________
1. Yakni sesudah memuji Allah seperti yang lazim dilakukan pada tiap-tiap khutbahnya.
2. Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya.










Ahad, 7 Julai 2013

KATA-KATA MOTIVASI PROF DR MUHAYA...


Salam buat teman-teman semua, marilah kita sama-sama baca doa di atas, semoga kita semua di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan pada tahun ini yang akan tiba beberapa hari lagi... Amin.
Oklah di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa kata-kata motivasi dari Prof Dr. Muhaya. saya sentiasa menonton rancangan beliau iaitu celik hati di tv 9. Rancangan tersebut banyak memberi motivasi untuk kita mengubah diri menjadi lebih positif.

Kata-kata motivasi Prof. Dr Muhaya.

kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang.


kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang...


Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain...

hidup ini adalah DIY... "Do It Yourself...!!!"

org yg selalu kata tak de masa sebenarnya adalah org yg tidak tahu menguruskan masa...

siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak... tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia...

Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam 
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiring dengan riak. 


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

 Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. 


Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.

Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.

Apabila kita hilangkan segala kemarahan, dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi kita sekarang.'

Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'

Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'

Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu beban- Jom audit diri kita.'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...