Salam buat teman-teman semua, marilah kita sama-sama baca doa di atas, semoga kita semua di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan pada tahun ini yang akan tiba beberapa hari lagi... Amin.
Oklah di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa kata-kata motivasi dari Prof Dr. Muhaya. saya sentiasa menonton rancangan beliau iaitu celik hati di tv 9. Rancangan tersebut banyak memberi motivasi untuk kita mengubah diri menjadi lebih positif.
Kata-kata motivasi Prof. Dr Muhaya.
kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita
bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang.
kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif
kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan
cari kesalahan orang...
Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang
lain...
hidup ini adalah DIY... "Do It Yourself...!!!"
org yg selalu kata tak de masa sebenarnya
adalah org yg tidak tahu menguruskan masa...
siapa pandang dunia, akhirat dia takkan
nampak... tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia...
Hanya orang yang bahagia dapat
membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi
orang lain...
Jangan
sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
Dunia
ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai
kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hati
yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
Dalam
kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah
menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula
lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiring dengan riak.
Tidak
ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati
yang lunak seperti sutera.
Bila kita tahu tujuan hidup kita mencari redha Allah maka kita akan
bebas dari penghargaan manusia dan ini hidup yang paling tenang.
Hentikan fokus pada perkara remeh seperti apa orang kata dan berita
mengenai orang lain, sebaliknya fokus pada pembaikan diri dan keluarga sendiri.
Apabila kita hilangkan segala kemarahan,
dendam benci hidup akan menjadi Indah. Jom lihat diri dan tulis apa emosi
kita sekarang.'
Lihat umur kita ini penuh kebaikan atau
kejahatan. Jom jaga, jangan lalai dengan pujian manusia.'
Jika dicuba dgn kesusahan, senang ingat Allah
tapi jika di uji dengan kesenangan, ramai dari kita gagal. Jom audit. Jangan
kita letih di dunia dan terseksa di akhirat.'
Ibadah sebenarnya suatu kesyukuran bukan suatu
beban- Jom audit diri kita.'
kata-kata azimat ni lah yang selalu aku baca untuk menguatkan semangat aku, apabila aku mula rasa putus asa...kadang-kadang kita memerlukan kata-kata motivasi macam ni, untuk kita jadikan penguat semangat. Di samping berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH SWT yang maha berkuasa......