Selasa, 17 Januari 2012

jalan-jalan cari makan



hari ni aku dgn kekawan pergi lunch kat satu tempat, ni first time kteorg pergi makan kat ctu. makanan die best, kena lh dgn selera kteorg. nama restoran ni PAPARICH berhampiran dgn secret recepi, dekat area megamall kuantan.

Isnin, 9 Januari 2012

Cute Little Kitten


kitten ni cute sangat2, comel dalam bahasa melayu.
aku tak boleh tengok anak kucing yang comel macam ni GERAMMM.
aku memang sukakan kucing terutama yang cute & comel macam ni..

Rabu, 14 Disember 2011

MUTIARA KATA


kata-kata azimat ni lah yang selalu aku baca untuk menguatkan semangat aku, apabila aku mula rasa putus asa...kadang-kadang kita memerlukan kata-kata motivasi macam ni, untuk kita jadikan penguat semangat. Di samping berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH  SWT yang maha berkuasa......

Ahad, 11 Disember 2011

RESEPI SAGO GULA MELAKA

Resepi ni aku cari lepas tengok jalan-jalan cari makan hari tu... best plak tengok Qi makan sago gula melaka ni. so aku pun try buat.. memang sedap. aku bawak pergi ofis member2 pun cakap sedap. dua hari berturut-turut aku bawak pergi ofis HABISssss.......so kalu sape2 nak cube boleh lah yea...resepi die senang aje.. resepi ni boleh dapat dalam 4 biji...

bahan ( A )
2 cawan sagu halus
5 cawan air

cara-cara;
- Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan kedalam air mendidih.
- Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinyer.
- Masukkan kedalam acuan dan sejukkan.

 bahan ( B )
1 keping gula melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

 cara-cara;
- Masak gula melaka, air & daun pandan sehingga gula hancur & mendidih.
- Angkat, ketepikan biarkan sejuk.

 bahan ( C )
3 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

cara-cara;
- Masak santan, gula pasir, garam, daun pandan hingga mendidih.
- Angkat, masukkan dlm bekas sejukkan.

 cara menyediakan sagO gula melaka;
- Sediakan mangkuk, keluarkan sagu dari acuan masukkan kedalam mangkuk tadi.
- Tuangkan gula melaka ke atas sagu tadi. ikut kemanisan masing2.
- Akhir sekali tuangkan santan ke atas sagu tadi. dah pun siap untuk di hidangkan.
- Bolehlah menjamu selera..

SELAMAT MENCUBA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...