Ahad, 1 September 2013

BUAT KUIH LAGI..

Kali ni saya nak berkongsi resepi karipap pusing. sebenarnya karipap pusing ni saya buat masa bulan puasa hari tu. Tapi tak sempat nak update...



KARIPAP PUSING

Bahan-Bahan Untuk inti:

1/2 kg ubi kentang dlm 4 @ 5 bji tgk saiz ( potong dadu )
2 sudu besar serbuk kari daging
sedikit isi ayam di cincang
bwg merah 3@4 bji  ( dikisar )
bwg putih 5 ulas ( dikisar)
daun sup ( dihiris halus )
daun bwg ( dihiris halus )
garam
perasa
sedikit air

 Cara-Cara:

Tumis bwg merah, bwg putih kemudian masukkan serbuk kari.
masukkan isi ayam, masukkan air.
masukkan ubi kentang, biar ubi masak.
masukkan garam dan perasa.
biarkan ia kering sedikit masukkan daun bwg & daun sup.
biar ia betul2 kering tutup api sejukkan inti.



Bahan-Bahan kulit karipap:

Bahan A:

1 cwn tepung gandum
sedikit mentega di cairkan (sehingga boleh menguli tepung )

 ( masukkan tepung ke dalam mangkuk tuang mentega cair uli hingga menjadi doh yg lembut )
seperti gambar di bawah:


Bahan B:

1 cwn tepung gandum
sedikit air suam ( untuk menguli tepung )
garam secukup rasa

masukkan tepung ke dalam mangkuk, masukkan sedikit garam, masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli tepung hingga jadi doh yang lembut.
seperti gambar di bawah:


ambik adunan B leperkan ia sedikit letakkan adunan A ke dalam adunan B kemudian bulatkan kembali adunan B tadi seperti gambar di bawah:


canai adunan hingga leper potong adunan separuh, 
gulung kemudian canai sekali lagi 
kemudian gulung kembali, potong adunan kepada 2 bahagian, 
kemudian canai, masukkan inti 
akhir sekali  masukkan kedalam acuan karipap.


setelah siap bolehlah di goreng dan di hidangkan.


dah siap pun karipap pusing saya....selamat mencuba.











5 ulasan:

Jujue Ahmad berkata...

salam.. wah nampak sedap dan menyelerakan karipap pusing akak ni... sedapnya kalau dapat rasa cm dulu2...

:: niezza berkata...

salam, tu lah. ida cakap boleh dah nak buat jual heheheheeee....

Tanpa Nama berkata...

very good looking curry puffs. can u please tell me the exact address or the place where u bought the curry puff moulds..thanks in advance

Tanpa Nama berkata...

hi sedutan kari anda sangat baik cari. U boleh sila beritahu saya alamat sebenar atau tempat di mana u beli acuan karipap .. terima kasih terlebih dahulu. i am baru dan tidak mengikuti melayu. jadi saya dengan hormat meminta anda untuk memberi arahan seperti anda akan berikan kepada kanak-kanak. i am menterjemahkan komen saya dari english ke malay jadi ia akan menjadi lebih mudah untuk anda. Anda juga boleh menjawab dalam bahasa melayu, saya akan menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan google. atau jika anda boleh dalam bahasa Inggeris maka ia akan rahmat. terima kasih sekali lagi dan maaf bagi apa-apa komen yang besar, saya perlu membuat ini pada 29 September bagi seseorang yang istimewa ..

:: niezza berkata...

for u who asking me about curry puff. i don't know who u're but i'm really sorry for not answering u. it's been a long time for me not update my blog. i think it's to late to answer your question. but i just tell u anyway. i buy the mould at supermarket. u can get the mould at any supermarket at cutlerys department.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...