Selasa, 25 Jun 2013

RESEPI PURI

Salam semua...resepi hari ni ialah puri.. mesti ada yang tak tahu apa itu puri kan. Puri ni masakan india, ia ala-ala capati tapi rangup sebab kita goreng ia dengan minyak banyak. rasanya ala-ala roti canai gitu..kita boleh makan dengan kuah kari, gulai, sambal sardin, sambal ikan bilis @ sambal dall.

bahan-bahan;

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
air untuk menguli
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

cara-cara;

masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar.
panaskan marjerin sehingga cair.
masukkan marjerin tadi kedalam tepung gaul dengan sudu jadikan seperti serbuk roti.
masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh macam nak buat capati.

rehatkan doh dalam 30 minit. setelah itu bulatkan doh sebesar bola pingpong. buatlah sehingga habis. canai doh tadi hasilnya seperti gambar disebelah.
panaskan minyak dalam kuali. minyak hendaklah betul-betul panas supaya apabila kita menggoreng doh tadi ia akan menggelembung. minyak hendaklah banyak supaya bila doh di goreng ia akan tenggelam.

gambar di bawah adalah hasilnya..

































Sebenarnya ni first time saya buat puri ni dan Alhamdulillah menjadi. baru-baru ni rasa nak makan dah lama tak makan. sebelum ni arwah mak yang selalu buat. Arwah memang suka buat puri ni kalau ada kari atau gulai yang tak habis tu dia akan buat puri. Dia buat memang sedap tapi tak sempat nak belajar. So hari tu saya bukak youtube cari cara-cara nak buat puri. kat dalam youtube, dia guna minyak aje. Tapi saya pernah tengok arwah mak buat, dia guna marjerin rasanya lebih sedap. So sebab tu saya guna marjerin tak guna minyak. Kalau teman-teman semua nak tengok cara-cara buat puri ni dengan lebih lengkap bolehlah bukak kat youtube taip aje cara-cara buat puri bolehlah tengok kat situ.

2 ulasan:

Khalid Kyle berkata...

Puri ke nama bnde alah ni.baru tau sbb kt melaka org panggil kuih kubo ;0

:: niezza berkata...

ooo ye ke tak tau plak ade nama lain. sebab kat cni kita panggil ia puri @ pori...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...