Ahad, 23 Jun 2013

POPIA FOR BRKFAST..




Assalamualaikum teman2.. semoga anda semua sihat sejahtera di hari minggu ini... 










































Pagi ni saya buat popia untuk brkfast..Mula-mula tu planning nak buat popia basah tapi kulit dia tak menjadi kecewa gak rasa. Tengok kat dalam youtube macam senang je nak buat kulit tu tapi bila dah buat susah rupanya. so jawabnya masuk tong sampahlah. Terpaksalah beli kulit popia segera kat kedai sebab inti sayur dah buat, kuah kacang pun dah buat, air lada cili pun dah buat. saya beli kulit popia yang 50 keping, separuh saya buat stim separuh lagi saya goreng. Yang stim tu tak perlulah stim atas api cukup sekadar stim atas air panas yang baru masak. Gunalah periuk kukus kemudian masukkan air panas yang baru masak, letak popia di atas tutup dalam 15-20 minit sehingga dia lembut sebab kalau stim atas api dia akan lembik. yang goreng tu goreng macam biasalah. Tapi satu yang pasti tetap habis gak..... sedapppp..... heheheee...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...